Sememangnya tak ade cara lain utk upgred di Vemma melainkan dengan Kad Kredit atau Kad Debit.Kad debit boleh menjadi alternatif kerana ramai juga antara kita yang takde kad kredit ataupun dah serik menggunakan kad hutang tu he....he....
Kad debit yang amat saya syorkan adalah:
KAD DEBIT VISA MAYBANK 'Cap Buah Ceri'
|
Kad Debit EON Bank
Setakat hari ini, kad debit EON bank adalah kad debit yang paling banyak digunakan oleh ahli VeMMA untuk upgred kepada Member. Kenapa Kad Debit EON menjadi pilihan ramai?
Murah – Hanya perlu bayar RM8 sahaja untuk buka akaun
Boleh diperolehi dengan cepat – siap on the spot
Activation kad dalam masa lebih kurang 16 jam – maksudnya, selepas kad anda siap, anda perlu tunggu paling kurang 16 jam dulu baru boleh gunakan kad tersebut.
Cara nak buat senang saja…Kunjungi EON bank terdekat dengan membawa duit secukupnya untuk upgred dan anda apply kad debit EON Bank. Bila kad dah siap, pergi ke ATM machine dan tukarkan no PIN baru anda. Jangan lupa juga register PIN untuk EON Bank online.
Kad Debit Al-Rajhi
Walaupun kad debit Al-Rajhi jarang digunakan kerana masih kurang cawangan yang di buka, (baru berkembang), kad debit ini boleh menjadi pilihan untuk upgred kepada Member. Jika anda tinggal di kawasan bandar, bolehlah jumpa cawangannya. Bagaimana nak apply kad debit Al-Rajhi?
Pergi ke cawangan Bank Al-Rajhi dan jangan lupa bawa IC dan duit untuk upgred & lebihkan RM20. Ambil no giliran dan bila dipanggil, bagitau kaunter yang anda akan buka akaun saving biasa.
Tunjukkan IC, isi borang sikit (kalau tak tahu boleh tanya kaunter). Biasanya tak sampai 30 minit dah siap.
Dah ada akaun saving, jangan lupa untuk apply 2 benda ini pula:
Kad Debit Al-Rajhi
Akaun Perbankan Internet Al-Rajhi
Dah siap Kad Debit anda, sila ke ATM dan tukar no PIN anda
Kat mesin ATM, pergi ke menu lain-lain. Buat PIN request for Internet Banking. Mesin ATM akan keluarkan satu slip yang ada kod untuk anda registerkan http://www.alrajhibank.com.my/
Balik rumah, buka PC. Login kat http://www.alrajhibank.com.my/. Klik kat menu belah kanan First Time Login. Nanti anda create lah akaun anda. Jangan lupa masukkan PIN yang anda apply kat mesin ATM tadi.
Kad Debit Public Bank
Kalau anda belum ada Kad ni, seeloknya jangan apply dulu kerna hanya Selepas 2 atau 3 minggu baru anda akan dapat Kad Debit Public Bank berbanding Kad Debit Al-Rajhi yang akan dapat dalam masa itu jugak.
Perlu mempunyai nilai akhir sekurang-kurangnya RM25 di dalam akaun berbanding Al-Rajhi yang hanya perlu nilai minimum RM10 sahaja.
Kad Tune Money
Ada Rakan Niaga saya yang pernah Upgred menggunakan Kad Tune Money. Kad Tune Money boleh menjadi pilihan jika anda tinggal di pedalaman dan jauh dari bank kerana Kad Tune Money boleh di apply di pejabat Pos. Kad ini lebih dikenali sebagai kad top-up tetapi ada juga yang panggilnya kad debit.
Antara kelemahan Kad Tune Money
Kalau nak top-up, boleh top-up kat Pejabat Pos. Tapi ambil masa sehingga 2 hari baru duit masuk ke dalan kad.
Tak boleh tukar nomor PIN di mesin ATM.
Jika nak withdraw duit, cuma boleh di mesin ATM yang ada logo PLUS sahaja.
Jika tak ingat PIN, kad ini perlu dibatalkan dan diganti dengan kad baru.
Duit yang ada dalam kad ini tak boleh transfer atau online transfer.
3 comments:
Wow'T.Q so much,utk langkah-langkah apply kad kredit.marvelous..
Thanks to....Apply Eon Bank Debit Card.Paling senang dan cepat.
bank islam belum lagi ke??
Post a Comment